Tuesday, January 25, 2011

Mampukah Kelantan cari jurulatih baru sebelum 29 Januari?

Sudahlah Sathia digantung, kini tugasan berat sedang menanti Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa untuk memenuhi tuntutan FAM yang mahukan Kelantan agar segera mencari jurulatih baru yang mempunyai lesen A sebelum sepak mula pada 29 Januari ini.

Agak menarik untuk memperkatakan isu ini, FAM jelas tidak berfikir panjang sebelum mahu mengekalkan hukuman terhadap Sathia. Bayangkan, hukuman yang dijatuhkan kepada Sathia berkuatkuasa 24 Julai iaitu lima hari sebelum Liga Malaysia bermula dan juga perlawanan Sumbangsih dengan Selangor.

Kemudian, dalam masa lima hari itu, Kelantan wajib mencari seorang jurulatih kelas A sebagai syarat jika mahu beraksi dan jika gagal, mereka tidak dibenarkan beraksi.Penulis benar-benar bersimpati yang terpaksa ditanggung Kelantan..buat makluman, penulis bukanlah orang Kelantan tetapi hukuman ini jelas tidak begitu adil.

Apa salahnya FAM memberitahu hukuman ini sekurang-kurangnya tiga minggu paling awal sekurang-kurangnya., ia sudah tentu memudahkan Kelantan mencari pengganti bersesuaian. Perlu diingat,  proses menerima jurulatih baru tidak boleh dilakukan secara hentam kromo dan seseorang jurulatih harus diberi masa yang panjang sebelum mengenal pasti para pemain yang dikendalikannya.

Adakah ini erti sebenar profesional yang diwar-warkan oleh FAM? Cara seperti ini seolah-olah memaksa Kelantan melakukan serkap jarang atau tangkap muat sahaja dalam mencari jurulatih baru. Kesian Kelantan.

Tunggulah apa yang akan dilakukan oleh Tan Sri Annuar walaupun dalam laporan hari ini, beliau ada menyatakan mahu mengemuka rayuan kepada FAM agar diberikan pengecualian beberapa perlawanan tanpa jurulatih dan jika rayuannya tidak diterima, apakah alternatif beliau?

Penulis bukanlah penyokong Kelantan tetapi penulis adalah penyokong pengurusan yang dilakukan secara profesional dan matang!

2 comments:

... said...

dayne, dipecat ke kena gantung? ko rasa ada konspirasi tak? mana tau ada sesetengah org tu tak sukan satianathan tu ke?

Dayne said...

alamak sorry bro..gua tertulis dipecat pulak..gantung sepatutnya, tu la..tengah geram sikit masa tulis tadi..
konspirasi tu tidak lah tapi nampak banyak orang kat FAM ni nampak macam tak profesional dalam soal kerja