Apa dah jadi Selangor?
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, setelah mengharu ngi perjalanan yang suram dalam saingan Liga Super dengan hanya menduduki tangga kelapan ketika ini, Selangor ditunjukkan pula jalan keluar daripada saingan Piala FA seawal pusingan kedua kepada Jo hor FC.
Biarpun dibimbing oleh jurulatih tempatan berprofil tinggi, Irfan Bak ti dan mendapat sentuhan beberapa pemain kebangsaan seperti Safiq Ra him, Bunyamin Omar dan Asraru ddin Putra Omar, prestasi skuad Me rah Kuning itu jelas tidak menepati reputasi yang digambarkan.
Prestasi ‘yo-yo’ Selangor dalam saingan Liga Malaysia musim ini jelas meresahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang menganggap permainan Red Giants tidak setimpal dengan apa yang telah dicurahkan oleh per satuan itu kepada semua pemain dan jurulatih.
‘‘Terus-terang saya memang ke cewa dengan prestasi Selangor pada masa sekarang yang gagal mem pamerkan prestasi konsisten dalam saingan liga dan Piala FA.
‘‘Dengan sokongan tidak berbe lah bahagi dan bermacam-macam pemberian pihak pengurusan ke pada keseluruhan pasukan pada musim ini, saya rasa ia memang tidak memadai dengan apa yang mereka pamerkan atas padang.
‘‘Pemain-pemain dan jurulatih perlu memperbaiki prestasi mereka secepat mungkin serta kembali me nemui rentak kemenangan supaya Selangor tidak terus tercicir dalam saingan liga setelah kecewa dalam saingan Piala FA, ” katanya ketika dihubungi, semalam.
Moral dan mentaliti pemain Se langor ternyata boleh dipersoalkan kerana selepas mendahului Johor FC 2-0 serta beraksi dengan ke lebihan seorang pemain sepanjang 103 minit apabila Azi Shahril Azmi dibuang padang, mereka gagal me ngambil kesempatan memperta hankan kedudukan itu atau me nambah jumlah jaringan.
Sebaliknya, tuan rumah bangkit bergaya mengikat Selangor 2-2 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum Johor FC me nang melalui sepakan penalti 5-4 apabila sepak terakhir berjaya di sempurnakan Muhd. Zamri Chin.
Kegagalan Selangor dalam sai ngan Piala FA itu merencatkan has rat FAS yang mahu melihat seku rang-kurangnya satu trofi dapat di julang pada musim ini dengan Piala Malaysia menjadi sasaran paling realistik ketika mereka kini keting galan lapan mata di belakang pen dahulu, Kelantan dalam saingan Li ga Super.
Dalam usaha mencari punca ke merosotan Selangor, Hamidin me ngakui beliau telah mengarahkan satu ‘bedah siasat’ menyeluruh di adakan dalam semua aspek yang bukan sahaja melibatkan pemain te tapi semua pihak termasuk pengu rusan.
‘‘Post-mortem dilakukan untuk mencari mengapa semua ini terjadi, perkara ini meliputi semua pihak dan mengenai prestasi pemain se mata-mata.
‘‘Saya juga sendiri ada menga dakan pertemuan dari hati ke hati baru-baru ini sebelum perlawanan Piala FA menentang Johor FC bagi mengetahui punca permasalahan mereka, ” katanya