Wednesday, September 12, 2012

Bingkisan Sukan: Saya akan aktif kembali

Bingkisan Sukan: Saya akan aktif kembali

Saya akan aktif kembali

Setelah sekian lama menyepikan diri..rasanya saya ingin mengaktifkan diri kembali dalam dunia penulisan blog..bukan rasa tidak cukup menulis dalam ruangan akhbar tetapi mempunyai kebebasan yang lebih luas dalam dunia blog..nantikan entri terbaru!!

Tuesday, March 13, 2012

Apa dah jadi Selangor?

Apa dah jadi Selangor?
 Bagaikan jatuh  ditimpa tangga, setelah mengharu ngi perjalanan yang suram dalam  saingan Liga Super dengan hanya  menduduki tangga kelapan ketika  ini,  Selangor ditunjukkan pula jalan  keluar daripada saingan Piala FA  seawal pusingan kedua kepada Jo hor FC.
  Biarpun dibimbing oleh jurulatih  tempatan berprofil tinggi, Irfan Bak ti dan mendapat sentuhan beberapa  pemain kebangsaan seperti Safiq Ra him, Bunyamin Omar dan Asraru ddin Putra Omar, prestasi skuad Me rah Kuning itu jelas tidak menepati  reputasi yang digambarkan.
  Prestasi ‘yo-yo’ Selangor dalam  saingan Liga Malaysia musim ini  jelas meresahkan Setiausaha Agung  Persatuan Bola Sepak Selangor  (FAS) yang menganggap permainan  Red Giants tidak setimpal dengan  apa yang telah dicurahkan oleh per satuan itu kepada semua pemain  dan jurulatih.
  ‘‘Terus-terang saya memang ke cewa dengan prestasi Selangor pada  masa sekarang yang gagal mem pamerkan prestasi konsisten dalam  saingan liga dan Piala FA.
  ‘‘Dengan sokongan tidak berbe lah bahagi dan bermacam-macam  pemberian pihak pengurusan ke pada keseluruhan pasukan pada  musim ini, saya rasa ia memang  tidak memadai dengan apa yang  mereka pamerkan atas padang.
  ‘‘Pemain-pemain dan jurulatih  perlu memperbaiki prestasi mereka  secepat mungkin serta kembali me nemui rentak kemenangan supaya  Selangor tidak terus tercicir dalam  saingan liga setelah kecewa dalam  saingan Piala FA, ” katanya ketika  dihubungi, semalam.
  Moral dan mentaliti pemain Se langor ternyata boleh dipersoalkan  kerana selepas mendahului Johor  FC 2-0 serta beraksi dengan ke lebihan seorang pemain sepanjang  103 minit apabila Azi Shahril Azmi  dibuang padang, mereka gagal me ngambil kesempatan memperta hankan kedudukan itu atau me nambah jumlah jaringan.
  Sebaliknya, tuan rumah bangkit  bergaya mengikat Selangor 2-2 bagi  mengheret perlawanan ke masa  tambahan sebelum Johor FC me nang melalui sepakan penalti 5-4  apabila sepak terakhir berjaya di sempurnakan Muhd. Zamri Chin.
  Kegagalan Selangor dalam sai ngan Piala FA itu merencatkan has rat FAS yang mahu melihat seku rang-kurangnya satu trofi dapat di julang pada musim ini dengan Piala  Malaysia menjadi sasaran paling  realistik ketika mereka kini keting galan lapan mata di belakang pen dahulu, Kelantan dalam saingan Li ga Super.
  Dalam usaha mencari punca ke merosotan Selangor, Hamidin me ngakui beliau telah mengarahkan  satu ‘bedah siasat’ menyeluruh di adakan dalam semua aspek yang  bukan sahaja melibatkan pemain te tapi semua pihak termasuk pengu rusan.
  ‘‘Post-mortem dilakukan untuk  mencari mengapa semua ini terjadi,  perkara ini meliputi semua pihak  dan mengenai prestasi pemain se mata-mata.
  ‘‘Saya juga sendiri ada menga dakan pertemuan dari hati ke hati  baru-baru ini sebelum perlawanan  Piala FA menentang Johor FC bagi  mengetahui punca permasalahan  mereka, ” katanya

Monday, March 7, 2011

Tahniah kepada Pandalela

Mungkin ramai peminat sukan di tanah air sedikit terkejut apabila Pandalela Rinong merangkul atlet pilihan Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2010  namun tidak buat wartawan-wartawan sukan apabila sebulat suara memilih atlet berketurunan Bidayuh ini selaku pemenang berbanding tiga atlet lain yang bertaraf `super star' iaitu Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang selain penembak terunggul negara pada masa kini, Nor Suryani Taibi.

Kejayaannya mendapat pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Komanwel New Delhi 2010 melayakkan dia memperoleh pengiktirafan tersebut. Bukan mahu menidakkan sumbangan Nicol, Chong Wei dan Azizulhasni namun pemilihan Pandalela adalah untuk memotivasikan gadis dari Bau ini supaya lebih bermotivasi dalam masa akan datang.

Bukan sedikit pencapaian yang diperolehinya pada musim lalu terutamanya meraih pingat perak dalam kejohanan Olimpik Remaja di Singapura..dia layak dianggap antara permata yang paling menyinar pernah dihasilkan negara dalam sukan terjun.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan rapat di dalam dunia kewartawanan, Wan Fakhrul Wan Bakar dari Kosmo yang menang di dalam kategori Laporan Berita Terbaik menerusi artikel Misi Tebus Aib Doha..Dia dianggap antara role model kepada wartawan lain di dalam penulisan bola sepak dan saya berharap dapat mengikuti jejak langkahnya satu hari nanti.

Mohd Zulhemi Zainal Azam dari Astro Awani muncul selaku Wartawan Terbaik menerusi laporannya mengenai kecederaan ACL dan membawa pulang RM 10,500 secara keseluruhannya.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang..

Sunday, January 30, 2011

Pemain kebangsaan gagal beri fokus

Devan resah tonggak ‘tak menjadi’



SHAH ALAM – Beberapa tonggak kebangsaan yang membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF, bulan lalu gagal memberikan fokus dan mempamerkan prestasi sebenar ketika melayan Kelantan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Itu rumusan yang dilemparkan oleh jurulatih Selangor, K. Devan mengenai kekalahan 0-2 Selangor di tangan Kelantan yang menyebabkan skuad Merah Kuning terlepas peluang keemasan mencatat kejuaraan hatrik Piala Sultan Ahmad Shah.
‘‘Fikiran, mental dan fokus mereka (pemain kebangsaan) untuk perlawanan ini jelas amat kurang dan mereka tidak menampilkan aksi sebenar.
‘‘Ini perkara yang saya lihat menjadi salah satu punca kekalahan kita kepada Kelantan, mungkin mereka masih berasa letih.
‘‘Namun, ini baru perlawanan pertama dan saya anggap kekalahan ini kena pada tempat supaya para pemain kembali sedar serta mengambil pengajaran terutamanya pemain-pemain kebangsaan yang ada dalam Selangor untuk bangkit selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan, kelmarin.
Kata-kata Devan itu jelas terbukti apabila persembahan beberapa pemain kebangsaan seperti Safiq Rahim, Mohd. Amri Yahyah dan Safee Sali langsung tidak menyerlah, malah jauh daripada tahap sebenar mereka yang boleh pamerkan ketika bersama skuad negara.
Malah, Safee dan Amri tidak dapat merasai aksi selama 90 minit kerana dikeluarkan lebih awal oleh Devan dan digantikan oleh Fitri Syazwan dan S.Sritharan.
Selain itu, pemain kebangsaan lain yang turut terdapat dalam pasukan Selangor ialah Mohd.Razman Roslan yang memberikan sepakan penalti kepada Kelantan serta Mohd. Amirulhadi Zainal dan Mohd. Asraruddin Putra Omar.
Dalam pada itu, Devan berkata, pemberian penalti pada awal perlawanan jelas mengganggu perancangan perlawanan dan menyebabkan pemainnya terpaksa mempertingkatkan asakan untuk mencari gol penyamaan.
‘‘Nasib kita memang kurang baik, kerana di awal perlawanan lagi kita sudah ketinggalan hasil jaringan penalti dan selepas 25 minit barulah persembahan kita nampak lebih baik.
‘‘Walaupun banyak menguasai perlawanan pada separuh masa kedua, tiada tindakan penyudah daripada barisan serangan.
‘‘Harus diingat, kita tewas dua jaringan kepada Kelantan bukan hasil gerakan padang tetapi gol menerusi bola mati, satu menerusi penalti dan satu lagi daripada sepakan percuma,” katanya yang turut mempertahankan barisan pertahanannya yang disifatkan beraksi baik menangkis serangan Kelantan.

Tuesday, January 25, 2011

Trio T-Team bebas juga akhirnya(news report)


Tiga tonggak  baru T-Team, Indra Putra Mahayu ddin, Nor Farhan Muhammad dan  Azizi Mat Rose boleh tidur lena apa bila Jawatankuasa Status Persatuan  Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak  tuntutan ganti rugi oleh Persatuan  Bola Sepak Kelantan (KAFA).
  Selain ketiga trio terbabit, mesyua rat Jawatankuasa Status yang dipe ngerusikan oleh Datuk Takiyuddin  Hassan semalam,  turut mendapati  tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala  Lumpur (KLFA) terhadap bekas pe mainnya, Azidan Sarudin dan ma jikan barunya, tidak berasas.
  ‘‘Kes yang dikemukakan oleh KAFA  terhadap Indra, Nor Farhan dan Azi zi, timbalan saya, Datuk Jeffrey Lau  telah mempengerusikan sesi pende ngaran kerana saya mempunyai ke pentingan bersama KAFA.
  ‘‘Setelah meneliti afidavit daripada  pihak pengadu (KAFA) dan afidavit  jawapan (T-Team), kami dapati notis  KAFA terhadap ketiga-tiga bekas pe mainnya itu tidak mematuhi pera turan 10.1 iaitu pasukan yang ber hasrat melanjutkan kontrak pemain  perlu memberi notis tiga bulan se belum kontrak asal tamat.
  ‘‘Mengikut syarat kontrak dalam  pasukan Kelantan, kontrak pemain  mereka akan tamat selepas 30 hari  perlawanan terakhir. Kelantan ber aksi pada 30 Oktober iaitu perla wanan akhir Piala Malaysia dan kon trak mereka bertiga akan tamat pada  30 November.
  ‘‘KAFA sepatutnya menyerahkan  surat tawaran sebelum 30 Ogos tetapi  KAFA menyerahkan notis kepada ti ga pemain pada 1 September, lewat  beberapa hari, ’’ katanya.
  Jelas Takiyuddin, Kelantan juga ti dak mematuhi peraturan 10.2 kerana  tidak menyatakan terma dan sya rat-syarat kepada pemain.
  ‘‘Selepas diteliti, Jeffrey Lau selaku  pengerusi kes ini membuat kepu tusan menolak kes yang dikemuka kan oleh KAFA dan ketiga-tiga pe mainnya bebas bermain majikan ba ru pada musim ini, ’’ katanya.
  Kelantan, melalui Tan Sri Annuar  Musa mendakwa T-Team mencuri ti ga tonggaknya ketika pemain itu ma sih di dalam kontrak, kerana me ninggalkan Red Warriors  tanpa notis  rasmi pada akhir musim.
  Bagi kes Azidan, Takiyuddin ber kata, permasalahan hampir serupa  dengan tidak mematuhi peraturan  10.1 dan 10.2.
  ‘‘KLFA menyerahkan notis tawaran  kepada Azidan pada 6 September  sedangkan mereka seharusnya beri kan notis itu sebelum 8 Ogos iaitu  tiga bulan sebelum kontrak berakhir  pada 8 November,’’ katanya.

Mampukah Kelantan cari jurulatih baru sebelum 29 Januari?

Sudahlah Sathia digantung, kini tugasan berat sedang menanti Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa untuk memenuhi tuntutan FAM yang mahukan Kelantan agar segera mencari jurulatih baru yang mempunyai lesen A sebelum sepak mula pada 29 Januari ini.

Agak menarik untuk memperkatakan isu ini, FAM jelas tidak berfikir panjang sebelum mahu mengekalkan hukuman terhadap Sathia. Bayangkan, hukuman yang dijatuhkan kepada Sathia berkuatkuasa 24 Julai iaitu lima hari sebelum Liga Malaysia bermula dan juga perlawanan Sumbangsih dengan Selangor.

Kemudian, dalam masa lima hari itu, Kelantan wajib mencari seorang jurulatih kelas A sebagai syarat jika mahu beraksi dan jika gagal, mereka tidak dibenarkan beraksi.Penulis benar-benar bersimpati yang terpaksa ditanggung Kelantan..buat makluman, penulis bukanlah orang Kelantan tetapi hukuman ini jelas tidak begitu adil.

Apa salahnya FAM memberitahu hukuman ini sekurang-kurangnya tiga minggu paling awal sekurang-kurangnya., ia sudah tentu memudahkan Kelantan mencari pengganti bersesuaian. Perlu diingat,  proses menerima jurulatih baru tidak boleh dilakukan secara hentam kromo dan seseorang jurulatih harus diberi masa yang panjang sebelum mengenal pasti para pemain yang dikendalikannya.

Adakah ini erti sebenar profesional yang diwar-warkan oleh FAM? Cara seperti ini seolah-olah memaksa Kelantan melakukan serkap jarang atau tangkap muat sahaja dalam mencari jurulatih baru. Kesian Kelantan.

Tunggulah apa yang akan dilakukan oleh Tan Sri Annuar walaupun dalam laporan hari ini, beliau ada menyatakan mahu mengemuka rayuan kepada FAM agar diberikan pengecualian beberapa perlawanan tanpa jurulatih dan jika rayuannya tidak diterima, apakah alternatif beliau?

Penulis bukanlah penyokong Kelantan tetapi penulis adalah penyokong pengurusan yang dilakukan secara profesional dan matang!

Monday, January 24, 2011

Nasib Sathianathan

Nasibnya memang sudah diduga, hukuman memang telah dijatuhkan namun cuma hanya menunggu masa berkuatkuasa. Tiada apa yang mengejutkan sangat apabila mendengar B. Sathianathan digantung selama enam bulan pada hari semalam. Cuma yang agak sedikit pelik kenapa perjalanan liga hendak bermula Sabtu ini, Jawatankuasa Rayuan akhirnya bersidang dan membincangkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin pada Oktober lepas..lama sungguh ambil masa tiga bulan untuk bersidang balik..tapi soal itu saya tidak berminat hendak sentuh, mungkin setiap ahli jawatankuasa mempunyai sebab2 tersendiri mengapa mereka bertindak sedemikian

Hanya kerana memberikan sedikit komen di akhbar NST mengenai tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada tempoh yang lepas, Datuk Che Mat Jusoh yang memberikan kelebihan kepada skuad Terengganu beraksi di tempat sendiri sebanyak dua kali berdepan Perlis, Sathia mungkin hanya mampu melihat anak-anak buahnya beraksi dari bangku penonton selama enam bulan ini(bukan enam hari ,enam perlawanan atau enam minggu).Tidak sangka begitu berat sekali hukuman yang diterima oleh bekas pengendali kebangsaan ini seolah-olah dia melakukan kesalahan menyerang atau mengasari pengadil perlawanan.

Bagaimanakan agaknya nasib Sathia selepas ini?Mahukan KAFA menyimpannya selama enam bulan tanpa berbuat apa-apa atau memberikan tugasan khas sepanjang menanti hukuman habis?Itu yang menarik perhatian penulis, Tan Sri dijangkakan akan memberikan komen pada bila-bila masa mengenai kedudukan sebenar Sathia selepas ini.

Rasanya KAFA mungkin akan mengekalkan khidmat Sathia tetapi apa peranannya di Kelantan, itu belum pasti. Mungkin juga bertindak selaku penasihat tidak rasmi kepada jurulatih baru, itu sahaja yang nampaknya sesuai buat Sathia pada waktu ini.

Apa yang mungkin sedikit membimbangkan penulis adalah mungkin akan ada segelintir penyokong Kelantan akan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai medan melepaskan geram terhadap tindakan FAM pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah. Mungkin ada antara mereka menyalahkan campur tangan pemimpin bola sepak Selangor yang melakukan konspirasi di sebalik penggantungan tidak masuk akal Sathia. Namun, diharapkan mereka(penyokong Kelantan) dapat mengawal emosi masing-masing dan tiada sebarang perkara buruk akan berlaku pada hari perlawanan.

Tetapi buat penyokong Kelantan, harap jangan cepat melatah,bakal pengganti skuad kesayangan anda itu juga bukan calang-calang orang..difahamkan buat masa ini, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dikhabarkan sedang berunding dengan FAM pada hari ini bagi menebus kontrak Azraai Khor yang dijangka akan mengemudi Kelantan sementara ketiadaan Sathia.

Sewaktu saya membuat panggilan kepada Azraai pada malam semalam, nada Azraai kelihatan amat optimis walaupun dia berkata masih tiada hitam putih atau persetujuan telah dicapai kerana Tan Sri hanya bertanyakan minat bekas pengendali Harimau Muda itu membawa Kelantan pada musim ini.

Jika tiada halangan kontrak daripada pihak FAM, penulis yakin Azraai 100 peratus sudah pasti akan menjadi jurulatih baru Kelantan kerana hukuman yang dikenakan ke atas Sathia tidak mungkin lagi akan dikurangkan kerana telah didengari Jawatankuasa Rayuan.

Hanya dia sahaja penulis rasa layak mengemudi skuad sebesar Kelantan yang dijangka akan terus mencabar beberapa pasukan ternam lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Apa kesudahan nasib Sathia dan Kelantan?sama-sama kita tunggu dalam masa beberapa hari ini..

Sunday, January 23, 2011

Harimau Muda turun tanpa Muslim, Izzaq hadapi Singapura

Muslim, Izzaq cedera


KUALA LUMPUR - Berdepan Skuad Olimpik Singapura pada malam ini, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berdepan masalah besar apabila dua tonggak utama, Mohd. Muslim Ahmad dan Izzaq Faris Ramlan tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Selain Muslim dan Izzaq, kelibat pemain sayap, Wan Zack Haikal juga tidak dapat disenaraikan oleh Kim Swee ekoran cedera di bahagian buku lali yang menyebabkan sedikit rombakan terpaksa dilakukan dengan membawa masuk tiga muka baru.

Ketiga-tiga mereka mendapat kecederaan ketika tewas 1-2 kepada skuad Olimpik Thailand pada 20 Januari lepas. Muslim mendapat kecederaan di bahagian pangkal paha sementara Izzaq mengalami masalah di bahagian pelipat lutut.

``Memang satu tugas berat kerana tidak dapat membawa tiga pemain utama saya tetapi saya tidak cepat berasa gelisah kerana yakin dengan kemampuan pemain yang lain.

``Tiga pemain sebagai pengganti mereka ialah Muhd Rafiuddin Roddin, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd.Faizal Muhammad yang saya lihat mampu memikul tugas yang ditinggalkan mereka,” katanya yang dihubungi dari Singapura, semalam.

Perlawanan dengan skuad Olimpik Singapura akan menjadi ujian terakhir buat pasukan bimbingan Kim Swee yang akan beraksi di pentas kelayakan Sukan Olimpik 2012 dengan menentang Pakistan pada pusingan pertama, 23 Februari dan 9 Mac depan.

Mengulas perlawanan malam ini, Kim Swee berkata dia tidak akan melakukan perubahan besar dalam percaturan taktikalnya walaupun tewas dengan Thailand baru-baru ini.

``Daripada cara permainan, saya tidak akan melakukan penukaran drastik kecuali cuba mengenal pasti kelemahan pada perlawanan semasa bertemu Thailand dan memperbaikinya.

``Saya mungkin memberikan peluang kepada pemain lain yang tidak turun beraksi tempoh hari supaya mereka boleh merasai bahang bermain di perlawanan antarabangsa.

``Apa-apa boleh terjadi dalam tempoh sebulan ini ditambah dengan Liga Super akan bermula, mana-mana pemain saya boleh mendapat kecederaan dan saya tidak boleh bergantung kepada pemain yang sama sahaja dalam setiap perlawanan.

``Oleh itu, saya harus memberikan peluang yang sama kepada semua pemain dalam aksi persahabatan dan liga nanti supaya mereka benar-benar bersedia apabila diturunkan, ’’ jelasnya.

Dengan ketiadaan Muslim, lilitan kapten dijangka akan diserahkan kepada K.Gurusamy pada perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Jalan Besar, pukul 7.30 malam ini.