Monday, March 7, 2011

Tahniah kepada Pandalela

Mungkin ramai peminat sukan di tanah air sedikit terkejut apabila Pandalela Rinong merangkul atlet pilihan Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2010  namun tidak buat wartawan-wartawan sukan apabila sebulat suara memilih atlet berketurunan Bidayuh ini selaku pemenang berbanding tiga atlet lain yang bertaraf `super star' iaitu Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang selain penembak terunggul negara pada masa kini, Nor Suryani Taibi.

Kejayaannya mendapat pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Komanwel New Delhi 2010 melayakkan dia memperoleh pengiktirafan tersebut. Bukan mahu menidakkan sumbangan Nicol, Chong Wei dan Azizulhasni namun pemilihan Pandalela adalah untuk memotivasikan gadis dari Bau ini supaya lebih bermotivasi dalam masa akan datang.

Bukan sedikit pencapaian yang diperolehinya pada musim lalu terutamanya meraih pingat perak dalam kejohanan Olimpik Remaja di Singapura..dia layak dianggap antara permata yang paling menyinar pernah dihasilkan negara dalam sukan terjun.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan rapat di dalam dunia kewartawanan, Wan Fakhrul Wan Bakar dari Kosmo yang menang di dalam kategori Laporan Berita Terbaik menerusi artikel Misi Tebus Aib Doha..Dia dianggap antara role model kepada wartawan lain di dalam penulisan bola sepak dan saya berharap dapat mengikuti jejak langkahnya satu hari nanti.

Mohd Zulhemi Zainal Azam dari Astro Awani muncul selaku Wartawan Terbaik menerusi laporannya mengenai kecederaan ACL dan membawa pulang RM 10,500 secara keseluruhannya.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang..

No comments: